Saturday, August 30, 2014

Homestay di Temerloh

Homestay di Temerloh-Pahang

Homestay Pak Lang-Teluk Ira Temerloh Pahang
Homestay-recreation-sg pahang -Tempahan Awal digalakan- 013-3333543 -Whatsapp/Telegram/Call

Kemudahan / pakej sampingan
Pakej Sampingan
Makan minum
Kolam renang Lelaki / Wanita / Kanak2 berasingan
Meronda Sungai Pahang dgn Bot
Lawatan ke Gunung Senyum
Memancing di Sg Pahang

Tuesday, April 22, 2014

harga getah...SYUKUR...


Adakah...mereka2 ini tak pandai BERSYUKUR?



sabar...

Balasan Kesabaran
Riwayat: Bukhari

Hadith:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Allah berfirman dalam hadis Qudsi yang bermaksud, “Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya di dunia, kemudian dia mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan (orang itu akan mendapat balasan) syurga.”

Huraian Hadith:
Antara musibah yang menimpa manusia yang beriman dan dituntut bersabar ialah kehilangan orang yang disayangi.
Orang kafir tidak akan mendapat sebarang ganjaran daripada amalan yang baik kerana dia tidak beriman kepada Allah dan tidak percaya adanya ganjaran itu.
Mengharapkan ganjaran pahala dan bersabar atas musibah adalah tanda kesempurnaan iman seseorang, manakala marah dan gelisah atas musibah menunjukkan kelemahan iman.
Seseorang perlu bersabar ketika menghadapi kematian suami, isteri, anak atau ibu bapa, kerana ganjaran sabar di sisi Allah ialah syurga.
Tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasan bagi seseorang yang bersifat sabar menghadapi bala dunia.

Marah

☆KISAH ULAR DAN GERGAJI☆

Suatu malam seekor ular memasuki gudang tempat kerja tukang kayu.
Secara kebetulan ia merayap di atas gergaji, tajamnya mata gergaji menyebabkan perut ular terluka.
Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.
Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali - kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bahagian mulutnya.
Marah & putus asa, ular berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan musuh tersebut.
Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga, belitan tersebut menyebabkan tubuhnya terluka teramat parah & akhirnya ia pun mati.

Di saat emosi & marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai & menyakiti orang lain.
Padahal jika benar-benar kita sedari, sebenarnya yang akan terlukai & tersakiti adalah diri sendiri.

Jadi sungguh tepat kalimat bijak berikut :
Orang yang benar-benar hebat bukanlah seseorang yang mampu mengalahkan orang lain, melainkan ia yang mampu mengalahkan diri sendiri.

Rasulullah Shalallahu'alaihi Wasallam bersabda : "Barang siapa meredam amarah padahal dia mampu melampiaskannya (kerana mampu/berkuasa), maka ALLAH memanggilnya dihadapan para makhluk di hari kiamat, Dia menyuruhnya memilih dari pada bidadari apa yang dia kehendaki.
(HR Abu Daud)

:: Ingat, marah adalah salah satu PINTU SYAITAN untuk merasuki tubuh manusia. Semoga kita semua terhindar dari sifat pemarah.
Aamiin Yaa Rabbal'aalamiin.::